Harga minyak jatuh pada Isnin berikutan peningkatan output dari Iraq dan komen agresif dari Iran.
Minyak Brent antarabangsa diniagakan pada $49.54 setong, menurun dari penutup sesi sebelum ini.
WTI mentah turut didagang merosot 43 sen pada $47.21 setong.
Peniaga pasaran komoditi ini berkata, harga minyak mentah jatuh berikutan peningkatan jumlah output daripada Timur Tengah. Eksport minyak dari pelabuhan selatan Iraq mempunyai purata 3.205 jutatong sehari pada bulan Ogos. Angka ini melebihi purata yang dicatat pada bulan Julai.
Lebih membimbangkan, Iran berkata pada minggu lalu bahawa negara tersebut hanya akan bekerjasama dalam perbincangan pengeluar pada bulan September jika pengeluar lain mengiktiraf hak Tehran untuk mendapatkan semula bahagian pasaran yang ditarik balik pada bulan Januari.
Selain itu, penganalisis turut berkata menjangkakan bahawa peranan pengeluar utama seperti Arab Saudi dan Iran akan memberikan impak yang besar terhadap rundingan akan datang.
Bank British juga berkata, data permintaan dan penawaran akan datang bakal menjadi sumber kekuatan harga dalam suku ke-4.
Siapa kenal pelakon yang dulunya ahli gusti ini? Klik untuk baca artikel selanjutnya disini!