Harga emas meningkat sederhana pada Jumaat berikutan tekanan yang diberikan berkaitan dengan kenaikan kadar AS dan pengukuhan matawang US Dollar.
Di Comex, gold futures bagi penghantaran Februari meningkat sebanyak 0.13 peratus, tidak jauh dari paras terendah pada 15 Disember lalu.
US Dollar dirangsang selepas Jabatan Perdagangan berkata pada Khamis bahawa KDNK berkembang pada kadar tahunan sebanyak 3.5 peratus dan keputusan Fed dalam menaikkan kadar sebelum ini kepada 25 mata asas.
US Dollar index yang mengukur kekuatan US Dollar kali terakhir dinilai pada paras 103.06.
Pengukuhan US Dollar telah melembabkan momentum emas sebagai asset alternatif sekali gus menjadikan komoditi ini lebih mahal untuk dimiliki oleh pemegang matawang lain.
Di tempat lain, sesi dagangan silver futures jatuh sebanyak 0.21 peratus dan copper futures meningkat sebanyak 0.10 peratus.