Aussie terus mencatat junaman dalam sesi ini berikutan data pekerjaan yang mengecewakan.
Data pekerjaan dari Australia menunjukkan penurunan 3,900 pekerjaan bagi bulan Ogos. Angka ini agak mengejutkan berbanding dengan jangkaan peningkatan sebanyak 15,000 pekerjaan. Namun begitu, kadar pengangguran merosot kepada 5.6%.
AUD/USD didagang lebih rendah sejurus selepas data tersebut dikeluarkan.
Juga di Australia, nilai jangkaan inflasi M1 dicatat pada 3.3% berbanding nilai 3.5% sebelum ini.
Sementara itu, US Dollar terus didagang stabil berbanding matawang lain disamping prospek peningkatan kadar terus menjadi tanda tanya.
Pengukuhan Ekonomi Kedua Terbesar Dunia Ini Tidak Boleh Disangkal Lagi!