Pengukuhan Ekonomi Kedua Terbesar Di Dunia Ini Tidak Boleh Disangkal Lagi!

36

Ekonomi China menguat selepas pengeluaran perkilangan, pelaburan dan jualan runcit dilaporkan melebihi jangkaan awal ekonomi.

Laporan data yang dikeluarkan China baru-baru ini sekali gus menambah keyakinan terhadap ekonomi kedua terbesar dunia itu. Hal ini termasuk data perdagangan yang meningkat lebih baik daripada ramalan awal dan pasaran hartanah yang semakin memulih.

Kenyataan ini dapat dibuktikan dengan data-data berikut :

  • Pengeluaran industri meningkat 6.3% pada bulan Ogos
  • Jualan runcit melonjak 10.6% pada bulan lepas berbanding bulan sebelumnya
  • Pelaburan asset tetap meningkat 8.1% untuk 8 bulan pertama tahun ini
data-china
Sumber : Bloomberg

Menurut Larry Hu, Ketua Ekonomi China di Hong Kong, ekonomi negara itu dilihat agak stabil dalam tempoh ini. Jadi, China tidak akan mengurangkan kadar faedah berikutan kebimbangan semasa mengenai risiko kewangan dan hartanah.

 

Apa sudah jadi dengan pasaran komoditi hitam hari ini ? 

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat