Menurut ahli ekonomi dan penganalisa, keputusan yang dibuat oleh Bank of Japan dan Federal Reserve dianggap ‘mengecewakan’.
Pasaran yang asalnya memang tidak melihat akan berlakunya perubahan drastik daripada 2 central bank ini namun apa diumumkan lebih hambar daripada yang dijangkakan.
Pengerusi Federal Reserve Janet Yellen bernada hawkish mengenai kenaikan pada Disember namun kurang dapat meyakinkan para pelabur bahawa kenaikan akan berlaku pada Disember nanti.
Janet Yellen memberithau bahawa 1 kenaikan pada tahun ini sangat meyakinkan jika, hanya jika pasaran buruh positif.
Melihatkan aktiviti sektor perkhidmatan, pembuatan, pendapatan, dan perkembangan pekerjaan yang masih lagi perlahan, Yellen berkemungkinan risau akan momentum ekonomi yang lemah.
Dalam masa yang sama agak sukar untuk menaikkan interest rate pada hari yang sama menurunkan jangkaan GDP 2016 dan juga jangkaan pengangguran yang meningkat.
Matawang US Dollar dilihat berhempas pulas untuk menguat ketika FOMC dengan tindakan Bank of Japan, kebarangkalian USD/JPY ke paras 100 adalah tidak mustahil.
Namun jika USD/JPY ke paras 100, ia akan menjadi peluang untuk buy yang menarik kerana walaupun Yellen masih lagi dilihat sangat berhati-hati namun rate hike Disember masih lagi dalam perbincangan.
Fed Fund Futures menunjukkan jangkaan sebanyak 60% akan berlakunya kenaikan rate pada Disember dan data-data Amerika Syarikat yang terbaru akan dikeluarkan, spekulasi akan meningkat dan akan menolak yield Amerika Syarikat meninggi dan akan menguatkan USD semula.