Penguasaan jangkaan kenaikan kadar oleh Fed telah menolak US Dollar ke paras yang agak tinggi hari ini. Sementara itu, Dollar Australia juga dinilai melonjak selaras dengan data inflasi yang dikeluarkan meningkat pagi tadi.
Data harga pengguna mula bangkit dari sebelum ini sekali gus mencatat peningkatan kali pertama dalam tempoh setahun di Australia.
Selain itu, RBA akan mengadakan mesyuarat bulanannya pada minggu depan. Bank tersebut dijangka akan mengekalkan kadar pada tahap terendah iaitu sebanyak 1.5%.
Australia melompat 0.5% sebelum data CPI dikeluarkan.
Disamping itu, US Dollar Index yang mengukur kekuatan matawang Greenback meningkat setinggi 99.119
Pasaran kini menjangkakan sebanyak 78% bahawa Fed akan menaikkan kadar pada bulan Disember.
Data AS baru-baru ini menunjukkan bahawa Indeks Keyakinan Pengguna menurun untuk bulan Oktober.
Dalam pada itu, Euro didagang stabil setelah tergelincir sebelum ini.
Berbanding Yen pula, US Dollar terus didagang stabil.
Sementara itu, Sterling menyusut 0.2% selepas Mark Carney menimbulkan keraguan terhadap rangsangan kewangan di Eropah.
Komen tersebut juga telah menghumban Pound ke paras terendah dalam tempoh 2 minggu.
New Zealand Rampas Kedudukan Singapura Dalam Kajian Terkini Oleh Bank Dunia Ini!