Billionaire terkenal, George Soros memberitahu dia akan melabur sebanyak $500 juta ke dalam syarikat ‘startup’ yang diasaskan oleh migran dan pelarian, dan juga bisnes-bisnes yang dimulakan oleh pelarian.
Soros, merupakan pelarian dari Hungary ke England pada 1947 berkata akan bekerja dengan organisasi antarabangsa bagi membantu para pelarian dengan melaburkan wang dan mungkin akan melabur ke dalam syarikat teknologi.
Soros memberitahu, “Kami akan mencari pelaburan daripada pelbagai sektor dan antaranya adalah teknologi digital dan ia akan menjadi fokus kepada kami”.
Pelaburan ini akan dimiliki oleh organisasi nonprofit Soros dan Soros mahukannya berjaya namun fokus utama adalah mencipta produk yang boleh membantu imigran.
Lebih daripada 65 juta orang di seluruh dunia terpaksa melarikan diri dari negara mereka dan hampir 21.3 juta adalah pelarian dan separuh daripada jumlah tersebut berusia di bawah 18.