Emas meningkat dalam sesi Asia berikutan data yang dilaporkan dari China melemah dari jangkaan awal. Data dari negara ini mempengaruhi pergerakan logam kuning kerana China merupakan pengimport kedua terbesar komoditi ini.
Di China, indeks harga pengguna dilaporkan pada 1.3%, menjauhi ramalan awal sebanyak 1.7%. Sementara itu, angka PPI menurun 0.8%.
Emas bagi penghantaran Disember meningkat 0.05%.
Semalaman, harga emas agak kurang stabil berikutan kebanyakan pelabur menanti pengumuman Bank Pusat Eropah.
Sebelum ini, Amerika Syarikat mengumumkan bilangan tuntutan pengangguran awal mencatatkan kemerosotan.
Pun begitu, data ini tidak banyak mengubah jangkaan pasaran bagi kenaikan kadar Amerika Syarikat sebelum penghujung tahun ini.
Sementara itu, ECB berkata ia mengekalkan kadar faedah tidak berubah sehingga satu tempoh yang akan diberitahu kelak.