Ketua bank Citi di UK berkata bahawa kebanyakan pekerjaan bagi sektor kewangan di London akan berpindah ke negara-negara di dalam Kesatuan Eropah selepas Britain meninggalkan blok tersebut. Hal ini tidak akan mengambil kira akses terhadap pasaran kewangan kesatuan tersebut.
Pada hari Ahad lepas, Perdana Menteri Britain, Theresa May berkata beliau menyelesaikan proses meninggalkan Kesatuan Eropah menjelang akhir bulan Mac. Petunjuk pertama mengenai isu ini mungkin akan dapat disaksikan sebaik sahaja rundingan bermula.
Masa depan London sebagai pusat kewangan Eropah akan menjadi topik utama dalam rundingan tersebut bagi mana mana bank yang ingin mengekalkan akses mereka ke seluruh EU.
Pegawai UK untuk Citi, James Badricks yang mempunyai 9,000 pekerja UK berkata, walaupun Britain mampu mencapai apa-apa hak dalam rundingan tersebut, kebanyakan bank mungkin akan menilai semula operasi di London.
Mereka boleh menarik diri dari meneruskan operasi di London berikutan faktor risiko.
Selaini itu, hampir 2.2 juta orang yang bekerja dalam sektor kewangan di Britain menyumbang kira-kira 190 billion pound, atau 11.8% ke arah ekonomi UK pada tahun 2014.
Menurut James Badricks lagi, jika London tidak mendapat akses penuh terhadap pasaran tunggal, maka akan ada perkara yang tidak dapat dilakukan dari London.