US Dollar kekal meneruskan dagangan dengan kenaikan sederhana pada hari ini dengan kebanyakan pelabur percaya, ucapan Yellen lewat hari ini bakal memberi petunjuk mengenai masa depan ekonomi terbesar itu.
US Dollar yang mengukur kekuatan Dollar kali terakhir dinilai pada 94.718.
Menurut Jennifer Vail, Ketua Penyelidikan Pendapatan Tetap, Bank Pengurusan Kekayaan di Portland, terlalu banyak jangkaan bagi ucapan tersebut. Namun, beliau yakin Yellen bakal menjawab semua persoalan yang berkaitan dengan hala tuju kadar AS.
Selepas data positif yang dikeluarkan oleh Amerika Syarikat sebelum ini, kebanyakan pegawai Fed beranggapan bahawa ini adalah masa terbaik bagi kenaikan kadar secara beransur-ansur.
5 Ciri yang Anda Perlu Faham Jika Ingin Menjadi Trader Berjaya!