Minyak mentah terus merudum Selasa semalam, seolah-olah tiada mempunyai dagangan dasar apabila harga terus susut ke paras $30 setong. Data perdagangan menunjukkan bahawa kedudukan jualan dalam kontrak minyak mentah Crude, yang akan mendapat keuntungan daripada kejatuhan seterusnya dalam harga, adalah pada rekod tertinggi, sekaligus membayangkan bahawa ramai peniaga menjangkakan harga akan jatuh lagi.
Di New York Mercantile Exchange (NYMEX), Crude bagi penghantaran Februari susut lebih $2.20 setong untuk ke paras terendah harian sekitar $29.95 sebelum menutup sekitar $30.70 setong; manakala di Intercontinental Exchange London (ICE) pula, Brent bagi penghantaran Februari susut lebih $2.10 setong, untuk ke paras terendah harian sekitar $30.55 sebelum menutup sekitar paras $30.80 setong.
[adrotate group=”6″]
Penganalisis juga melaraskan ramalan dengan kejatuhan harga pada awal tahun, dengan Barclays, Macquarie, Bank of America Merrill Lynch, Standard Chartered dan Societe Generale semuanya menurunkan ramalan harga minyak mereka. “Kemerosotan ketara dalam asas-asas pasaran minyak pada awal 2016, telah mendorong kami untuk membuat beberapa pelarasan menurun yang besar dalam ramalan harga minyak bagi tahun 2016,” menurut Barclays bank.
“Kami kini mengharapkan Brent dan Crude, kedua-duanya mencapai harga purata sekitar $37 setong pada 2016, turun daripada ramalan sebelumnya sebanyak $60 dan $56, masing-masing,” tambah Barclays lagi. Pengeluaran minyak mentah global mengatasi permintaan, berikutan ledakan dalam minyak syal AS dan selepas keputusan oleh Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Minyak (OPEC) pada tahun lepas untuk tidak mengurangkan pengeluaran bagi mempertahankan bahagian pasaran.