Harga minyak mentah berada dalam dagangan bercampur-campur Isnin semalam, setelah pasaran bersedia untuk harga yang lebih rendah, dengan minyak Iran yang bakal memasuki pasaran global. Prospek sehingga 500 ribu tong sehari minyak mentah Iran membanjiri pasaran yang sudah terlebih penawaran adalah kebimbangan utama ketika ini. Ramai pemerhati pasaran kini percaya bahawa keadaan akan menjadi lebih teruk pada minggu-minggu akan datang, dan paras $25 setong tidak lama lagi boleh diuji.
Di New York Mercantile Exchange (NYMEX), Crude bagi penghantaran Mac naik turun dari paras tertinggi harian sekitar $30.90 setong ke serendah $29.65 setong, sebelum menutup sekitar paras $30 setong; manakala di Intercontinental Exchange London (ICE) pula, Brent bagi penghantaran Mac naik turun dari paras tertinggi harian sekitar $29.60 setong ke serendah $28 setong, sebelum menutup sekitar paras $28.75 setong.
[adrotate group=”6″]
“Kita mungkin melihat beberapa tindak balas harga pada awal minggu ini, tetapi ini sebahagian besarnya telah dijangka oleh pasaran,” menurut satu laporan dari Morgan Stanley, sambil menambah bahawa pelonggaran terhadap sekatan kewangan dan perdagangan “boleh membawa kepada kestabilan pasaran dan pertumbuhan ekonomi yang signifikan.” “Memandangkan kapasiti penapisan minyak adalah terhad, pertumbuhan seperti itu boleh menyebabkan peningkatan yang ketara dalam permintaan petrol tempatan dan import, yang akan mengimbangi peningkatan bekalan,” menurut laporan Morgan Stanley.