Harga minyak terus turun ekoran para trader dan pelabur yang semakin bimbang tentang perubahan sikap Arab Saudi dan rekod pengeluaran dari Russia. Arab Saudi dan ahli-ahli Pertubuhan 13 negara Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) bersedia untuk bertemu dengan bukan ahli seperti Russia pada 17 April ini, di Doha, Qatar untuk berunding dalam pembekuan pengeluaran.
Di New York Mercantile Exchange (NYMEX), Crude bagi penghantaran Mei jatuh lebih $1.80 setong untuk ke paras terendah harian sekitar $35.39 sebelum menutup sekitar paras $35.42 setong; manakala di Intercontinental Exchange London (ICE) pula, Brent bagi penghantaran Jun jatuh lebih $1.40 setong untuk ke paras terendah harian sekitar $37.50 sebelum menutup sekitar paras $37.69 setong.
[adrotate group=”6″]
Sumber media Iran, agensi berita Mehr melaporkan bahawa Menteri Minyak Sheikh Zanganeh menolak tuntutan Arab Saudi dan beliau akan menghadiri mesyuarat di Doha “jika mempunyai masa.” Seorang pegawai kementerian minyak menafikan laporan itu sambil berkata, Sheikh Zanganeh tidak pernah memberi wawancara kepada Mehr. Kenyataan menteri tersebut telah dibuat pada 10 Mac lalu, menurut pegawai itu lagi.
Sumber sekunder OPEC meletakkan output semasa Iran pada 2.93 juta tong sehari. Ia sedang berusaha untuk mendapatkan semula bahagian pasaran, terutamanya di Eropah, selepas sekatan antarabangsa ke atasnya diangkat pada bulan Januari lalu. Sekatan tersebut telah mengurangkan eksport minyak mentah Iran daripada paras tertinggi sebanyak 2.5 juta tong sehari sebelum tahun 2011 kepada hanya lebih 1 juta tong sehari pada tahun-tahun selepas sekatan itu.