Harga emas menyusut pada hari Khamis selepas jatuh ke paras terendah sejak Februari berikutan pengukuhan US Dollar ke puncak tertinggi dalam tempoh 14 tahun.
Emas dalam sesi ini diniagakan pada $1,187.55 setelah jatuh pada tahap terendah semenjak 8 Februari lalu.
US Dollar Index yang mengukur kekuatan US Dollar berbanding 6 matawang utama pula masih berlegar disekitar paras tertinggi, iaitu sekitar paras paling kukuh sejak April 2003.
US Dollar bangkit selepas data positif dari AS mengukuhkan lagi jangkaan kenaikan kadar pada bulan depan.
Dalam minit mesyuarat bulan November, Fed menyatakan bahawa kadar faedah mungkin akan dinaikkan jika keadaan ekonomi semakin pulih.
Dalam laporan berasingan, data durable goods AS juga menunjukkan pengukuhan bagi bulan Oktober.
Harga emas sedikit tertekan dalam bulan ini apabila dasar Trump semakin meyakinkan pelabur terhadap kekuatan ekonomi AS.
Malaysia Menunggu Keputusan Rasmi Dari Amerika Syarikat Mengenai Hala Tuju TPPA.