Mesyuarat Menteri minyak OPEC akan berlangsung pada rabu ini(30 November) yang akan diadakan di Vienna.
Mesyuarat OPEC ini sangat penting yang telah menyelubungi sentimen pasaran minyak sejak akhir-akhir ini. Pada mesyuarat kali ini OPEC dijangka akan memeterai perjanjian untuk mengurangkan pengeluaran minyak dalam kalangan ahli dan bukan ahli seperti Rusia.
Pada mulanya perjanjian pengurangan pengeluaran ini telah dimeterai di Algeria pada September, tetapi butiran kuota individu belum dipersetujui pada ketika itu. Oleh sebab itu, ahli majlis menetapkan November sebagai penetapan kuota pengeluaran.
Menurut sumber, ahli majlis telah mempersetujui pengurangan keluaran dalam masa enam bulan sebanyak 4.0-4.5% kecuali Libya dan Nigeria. Apa yang menjadi sedikit halangan pada masa ini ialah Iraq dan Iran yang mana Iraq memberi alasan bahawa mereka perlu terus mengekalkan pengeluaran pada tahap semasa untuk membiayai perang dengan Islamic State (IS).
Sentimen terbaru ialah Arab Saudi yang menyatakan tidak akan bertemu dengan Rusia dalam pemeteraian perjanjian ini yang menyebabkan harga minyak terus jatuh.
Kegagalan dalam perjanjian ini akan menyebabkan harga minyak dunia terus jatuh, manakala perjanjian yang kukuh akan mengukuhkan lagi harga minyak yang berpotensi berada dalam julat harga $60 setong.
Pada ketika ini minyak mentah WTI berada di paras $45.70 setelah berada di paras tertinggi minggu lepas di $49.14 setong. Hal ini berikutan ketaktentuan dalam perjanjian ini yang masih menyelubungi sentimen terkini di kalangan pelabur dan pedagang minyak.
Berita Penting Dari Logam Hitam Yang Anda Perlu Tahu Segera!