Berita Penting Dari Logam Hitam Yang Anda Perlu Tahu Segera!

39

Harga minyak mentah meningkat semula dalam sesi Asia menjelang prospek pembekuan bekalan yang masih belum dimuktamadkan.

Harga minyak mentah meningkat 0.24% kepada $46.17 setong di New York Merchantile Exchange. Sementara itu, brent mentah melonjak sebanyak 0.29%.

Minggu lepas, harga minyak mentah jatuh mendadak pada Jumaat berikutan ketidaktentuan pasaran terhadap prospek pembekuan bekalan ini.

Keraguan sama ada pengeksport utama dunia ini akan mencapai persetujuan pada 30 November telah menyebabkan pelabur tidak memasuki pasaran. OPEC akan mengadakan pertemuan pada Rabu bertujuan untuk memuktamadkan isu yang sering menjadi tanda tanya pasaran ini sejak mesyuarat yang lepas lagi. Harga minyak yang rendah telah memberi tekanan kepada pasaran ini sejak selama lebih 2 tahun yang lepas.

Kumpulan ini cuba mendapatkan persetujuan kesemua anggota OPEC agar jumlah pengeluaran dapat diselaraskan.

Menurut seorang penganalisis di Nordea, pemotongan bekalan ini boleh menghantar harga minyak mentah menghampiri paras $60 setong sebelum penghujung tahun ini. Pun begitu, kegagalan untuk berbuat demikian boleh menyebabkan harga minyak kembali merosot kepada $40 setong.

 

Logam Kuning Kembali Rebound Dalam Sesi Ini Setelah Jatuh Mendadak Minggu lepas!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat