Harga emas melonjak naik hari ini mencapai paras tertinggi sejak 2 minggu melihatkan US Dollar mengalami sell-off berikutan Federal Reserve mengekalkan interest rate dan merendahkan lagi jangkaan kenaikan pada tahun ini kepada 1 kenaikan sahaja.
Harga komoditi kuning ini berada di paras $1,342.05 per ounce, tertinggi sejak 8 September.
Walaupun Fed mengekalkan rate semalam, namun komen-komen daripada pegawai Fed sangat kuat menegaskan akan berlakunya kenaikan pada tahun ini sekurang-kurangnya sekali.
Pasaran melihat kenaikan tersebut tidak akan berlaku semasa November kerana mesyuarat FOMC jatuh sehari sebelum pilihanraya Presiden USA dan peratusannya hanyalah sebanyak 15% manakala bagi Disember, peratusannya adalah sebanyak 60%.
Bagi Indeks US Dollar pula, matawang Greenback di paras 95.05.