Harga minyak didagang lebih tinggi pada Rabu ekoran jangkaan terhadap pengurangan stok simpanan minyak mentah menjelang Krismas yang jatuh pada hujung minggu ini.
WTI mentah diniagakan pada $53.58 setong, meningkat 28 sen daripada sesi sebelum ini.
Dalam masa yang sama, minyak Brent juga melonjak sebanyak 22 sen kepada $55.57 setong.
Harga yang lebih tinggi pada sesi ini didorong oleh jangkaan pengurangan stok simpanan tersebut.
Menurut salah seorang penganalisis di Oanda, stok simpanan minyak mentah AS dijangka menjunam sebanyak 2.563 juta tong.
Menurut penganalisis teknikal Reuters, Wang Tao, minyak mentah boleh terbang setinggi $54.37 setong kerana harga telah break pada resistance $53.36.
Minyak Brent juga bersedia untuk break pada resistance $55.79 setong.
Peratusan Mengejutkan Daripada Sektor Buruh AS Sewaktu Era Pemerintahan Obama