Peratusan Mengejutkan Daripada Sektor Buruh AS Sewaktu Era Pemerintahan Obama!

45

Dalam satu kajian terbaru oleh ahli ekonomi dari Harvard dan Priceton menunjukkan bahawa 94 peratus daripada 10 juta pekerjaan baru yang diwujudkan dalam era pemerintahan Obama bukanlah jawatan tetap.

Pekerjaan yang wujud dalam pelbagai bidang ini terdiri daripada pekerjaan sambilan dan juga jawatan kontrak.

Pekerjaan wanita paling banyak terkesan dalam era ini kerana pekerjaan yang dimonopoli oleh wanita seperti sektor pendidikan dan perubatan paling banyak mengalami kemerosotan.

Bekas pengerusi Majlis di White House iaitu Krueger agak terkejut dengan kemerosotan itu. Kata beliau lagi, pekerjaan sepenuh masa dari pukul 9 pagi hingga 5 petang hampir kehilangan momentum.

Namun, Obama masih percaya bahawa sektor pekerjaan dalam era pemerintahan beliau dinilai positif.

Menurut beliau dalam sidang akhbar Jumaat lepas, sejak menandatangani Obamacare dalam undang-undang kerajaan AS pada tahun 2010, pasaran telah menambah hampir 15 juta pekerjaan baru.

Di bawah pemerintahan Obama, hampir 1 juta pekerja mula bekerja sejak sebelum zaman kemelesetan lagi.

 

Sentimen Terkini Yang Menyelubungi Matawang GBP!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat