Sentimen Terkini yang Menyelubungi Matawang GBP

45

Matawang GBP semakin menghampiri paras terendah bulan ini berbanding US dollar hari ini pada Selasa. Pound sterling masih tertekan dengan ketidaktentuan proses untuk meninggalkan Kesatuan Eropah.

Dalam sesi Isnin Gbp/Usd susut sebanyak 0.9% disebabkan kebimbangan risiko perniagaan di UK jika meninggalkan Kesatuan dan juga risiko untuk keluarnya Scotland dari Britain.

Perdana Menteri Theresa Mei pada Isnin mengatakan, UK boleh jadi akan menggunakan dana Kesatuan Eropah apabila meninggalkan EU nanti untuk mengurangkan tekanan kepada matawang Pound berikutan risiko kehilangan akses ke atas pasaran tunggal itu.

Pemain pasaran dunia akan terus mengekori rapat sentimen terkini isu Brexit ini khususnya apabila Perdana Menteri Theresa disoal oleh Majlis Parlimen tentang perancangannya ke atas Brexit. Selain itu, isu Scotland juga harus diikuti rapat yang mampu menambah risiko kepada UK.

Menurut Jane Foley Penganalisis di Rabobank, “Brexit masih menjadi faktor yang memandu Pound, oleh itu perkembangan pada hari ini dimana Mei akan menjawab soalan dari Majlis Parlimen akan menjadi faktor penggerak kepada Pound begitu juga dengan isu Scotland”.

Scotland mahu terus berada dalam pasaran tunggal Kesatuan Eropah selepas United Kingdom,UK meninggalkan blok itu. Scotland juga mahu  lebih kuasa untuk melindungi kepentingannya di Kesatuan Eropah. Hal ini dinyatakan oleh kerajaan Scotland yang pro-kebebasan pada Selasa.

Menteri pertama (First Minister) Nicola Sturgeon mengatakan, “Kami begitu yakin mahu mengekalkan kedudukan Scotland pada masa ini di dalam pasaran tunggal Eropah”.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat