Kurangan atau defisit perbelanjaan yang semakin meningkat dalam kalangan syarikat di bawah Perbadanan Awam Bukan Kewangan (NFPC) yang berjumlah RM10.6 billion pada tahun 2013 telah meningkat kepada RM50.5 billion pada tahu ini. Isu ini dibangkitakan oleh Ahli Parlimen Dap, Tony Pua yang menunjukkan peningkatan sebanyak 4 kali ganda sejak 2013.
Defisit belanjawan atau kurangan belanjawan berlaku apabila suatu entiti membelanjakan lebih duit berbanding dengan pendapatan yang diperolehinya.
Pua mengatakan defisit itu boleh meningkat sekiranya kerajaan memasukkan 1MDB ke dalam senarai NFPC.
NFPC terlibat dalam projek-projek, antaranya, pembangunan di Bandar Malaysia dan Tun Razak Exchange (TRX) yang akan memberi impak besar ke atas pertumbuhan ekonomi serta mengubah fizikal, kewangan dan landskap digital Malaysia pada masa akan datang.
Johari yang juga juga Menteri Kewangan kedua menjelaskan bahawa 1MDB tidak pernah dimasukkan sebagai salah satu daripada NFPC dalam laporan ekonomi sebelumnya adalah kerana 1MDB bukan salah satu dari NFPC yang ditakrifkan sebagai syarikat yang beroperasi. 1MDB tidak termasuk disebabkan statusnya sebagai syarikat pelaburan dan begitu juga Khazanah.
Beliau berkata anak syarikat boleh disenaraikan sebagai NFPC dalam laporan ekonomi jika sekurang-kurangnya 50 peratus daripada ekuiti syarikat beroperasi itu, dimiliki oleh kerajaan dan mempunyai perolehan tahunan sebanyak RM100 juta.
Johari dilihat tidak bersetuju untuk menentukan prestasi syarikat di bawah NFPC ini hanya dengan melihat perbelanjaan defisitnya. Tambah beliau 29 syarikat di bawah NFPC adalah syarikat berprestasi tinggi dan kukuh yang membayar cukai korporat dan GST. Syarikat ini mempunyai liability (hutang) tetapi pada masa yang sama mempunyai aset.
Ada Kemungkinan Kerugian 1MDB Lebih Banyak Daripada Yang Dilaporkan!