Saham Twitter Inc jatuh sebanyak 11 peratus apabila syarikat Alphabet Inc’s Google tidak menunjukkan sebarang minat untuk membeli perkhidmatan sosial media yang dikendalikan oleh syarikat terbabit.
Lawan web Recode melaporkan bahawa Google pada masa ini tidak bercadang untuk membuat tawaran bagi Twitter. Apple juga dikatakan tidak mungkin akan membeli sebahagian daripada syarikat sosial media terkenal itu.
Namun begitu, Salesforce.com Inc dan Walt Disney Co dikatakan akan mempertimbangkan tawaran Twitter tersebut dalam bebrapa minggu yang akan datang.
Salam Twitter sebelum ini melonjak sebanyak 5.7% selepas penyebaran spekulasi mengenai pengambialihan oleh Google sebelum ini. Namun, saham tersebut menjunam selepas Google mengumumkan pendirian syarikatnya.