Mesyuarat OPEC pada hari ini menjadi tumpuan pasaran dunia dan telah melaporkan pemotongan keluaran minyak mentah dunia sebanyak 1.2 juta tong sehari. Selain itu, satu lagi berita yang mengejutkan pasaran minyak global apabila Indonesia digantung dari pertubuhan ini.
Untuk rekod, ini adalah kali kedua Indonesia keluar dari pertubuhan ini setelah menyampaikan hasrat untuk keluar pada tahun 2009. Indonesia telah menjadi ahli OPEC selama hampir 50 tahun sebelum keluar pada tahun tersebut. Selain itu, Indonesia juga baru sahaja menyertai OPEC pada tahun ini sejak kali terakhir keluar pada 2009.
Walaubagaimanapun, tiada sebab yang diberikan bagi penggantungan ini dan belum ada berita rasmi yang mengesahkan tindakan ini. Sumber juga memberitahu bahawa bahagian pasaran Indonesia akan dibahagi-bahagikan kepada ahli-ahli OPEC yang lain bagi memudahkan capaian sasaran pengeluaran minyak yang baru.
Delegasi OPEC juga mengatakan penggantungan Indonesia tidak akan menjejaskan jumlah pemotongan 1.2 juta tong sehari.
Hal ini dilihat akan menyukarkan ahli dan OPEC itu sendiri, kerana penggantungan Indonesia akan menjadikan bahagian pengurangan keluaran akan menjadi semakin tinggi kepada setiap ahli OPEC.
Pasaran perlu melihat hal ini dalam jangka masa panjang dengan ketiadaan Indonesia di dalam OPEC akan mengurangkan potensi jumlah pemotongan di masa akan datang.
Sumber terkini menyatakan had pengeluaran Iran ditetapkan di paras 3.797 juta tong sehari dengan Aran Saudi sebanyak 10.06 juta tong.
Setakat pada masa artikel ini ditulis, minyak West Texas Intermediate (WTI) berada di paras $48.51 setong, manakala minyak Brent (Brent-oil) berada di paras $50.95 setong jatuh sedikit dari paras tertinggi hari ini berikutan laporan penggantungan Indonesia dari OPEC.