US Dollar kembali menguatkan momentum setelah jatuh pada sesi sebelum ini berikutan kekuatan Yen setelah kejadian maut di Turki dan Jerman.
US Dollar kekal mengukuh berbanding matawang lain dengan indeks yang juga kembali mengukuh kepada 103.36.
US Dollar turut dibantu oleh komen positif daripada Janet Yellen terhadap pasaran buruh di AS.
Dalam sesi Eropah, Euro menyusut sebanyak 0.2 peratus kepada 1.0382, menambah kejatuhan sebelumnya kepada 0.5 peratus.
British Pound juga jatuh ke paras terendah dalam tempoh sebulan kepada 1.2383.
Sementara itu, Dollar Australia jatuh ke paras terendah selepas pengumuman RBA yang bersedia untuk mengurangkan kadar sekiranya diperlukan.