Harga Emas Kian Melemas dalam Sesi Ini!

51

Harga emas jatuh sedikit hari ini selepas pelabur menjangkakan lebih banyak kenaikan kadar pada tahun depan, disamping pengukuhan US Dollar.

Di bahagian Comex, emas bagi penghantaran Januari jatuh sebanyak 0.23 peratus kepada $1,1140.05 satu troy ounce. Dalam masa yang sama, komoditi silver dan copper masing-masing menurun sebanyak 0.24 peratus.

Pada hari ini juga, Bank of Japan telah mengumumkan prospek ekonomi yang lebih kukuh buat Jepun. Terdahulu hari ini, Reserved Bank of Australia pada minit mesyuarat Selasa mengumumkan bahawa mereka bersedia untuk menurunkan lagi kadar tunai jika diperlukan setelah menilai manfaat kadar faedah pada wilayah negatif.

Kenyataan Janet Yellen terhadap pasaran buruh di AS juga telah mendorong kekuatan matawang US Dollar. Walaupun tidak menyentuh mengenai dasar kewangan semasa mahupun keadaan ekonomi, Yellen dalam kenyataannya memberi tumpuan kepada pasaran kerja terutama yang dihadapi oleh graduan baru.

China Akhirnya Memulangkan Drone Milik AS Setelah dilabel Pencuri Oleh Trump!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat