Dollar CAD jatuh lebih 200 pips Jumaat lalu, untuk ke paras terendah harian sekitar C$1.2950 sebelum menutup sekitar paras C$1.2988; setelah kenaikan harga minyak mentah membantu sokongan belian untuk Loonie. Harga minyak meningkat pada awal hari Jumaat, dirangsang oleh petunjuk ekonomi dari Amerika Syarikat dan Jerman yang boleh menyokong permintaan bahan api, tetapi penganalisis memberi amaran bahawa pasaran minyak mentah masih diancam oleh lebihan bekalan yang berterusan.
Sebilangan trader berkata, sentimen ‘bullish’ dalam pasaran minyak itu adalah berikut kenyataan Federal Reserve AS bahawa ekonomi terbesar dunia itu berada di landasan pertumbuhan ekonomi yang lebih mampan. Sebelum daripada itu, para pelabur melarikan diri ke aset ‘safe-haven’ berikutan kebimbangan mengenai pertumbuhan global. Dollar AS juga mendaki berbanding CAD, selepas tiada sokongan daripada harga minyak apabila eksport minyak Iraq meningkat, sekaligus meletakkan keraguan kepada kejayaan rundingan di Doha, Qatar pada 17 April ini.
[adrotate group=”6″]
Dalam pada itu, data pekerjaan Kanada Jumaat lalu, menunjukkan keadaan pasaran pekerjaan Kanada yang bertambah baik dengan pertambahan sebanyak 40,600 pekerjaan berbanding pertambahan 10,400 yang dijangkakan oleh pasaran. Sebelum daripada ini, pasaran buruh Kanada kehilangan 2,300 pekerjaan. Kadar pengangguran pula turun mendadak dari 7.3% kepada 7.1% mengatasi jangkaan pasaran sebanyak 7.3%.