Dollar CAD berada dalam dagangan ‘sideway’ Isnin semalam, dengan pergerakan sekitar 65 pips dari paras tertinggi harian sekitar C$1.3860 ke serendah C$1.3795, sebelum menutup sekitar paras C$1.3835; setelah pasaran tidak memberikan reaksi kepada Dollar AS yang kembali pulih atau pembalikan dalam harga minyak dan emas. Pada masa yang sama, dengan pasaran AS yang bercuti sempena Hari Presiden dan pasaran Kanada pula dengan Hari Keluarga, menyebabkan pasaran berada dalam dagangan nipis.
[adrotate group=”6″]
Minyak yang merupakan nadi kepada ekonomi Kanada kini berada di persimpangan, sama ada akan terus jatuh sehingga paras $20 setong atau akan mendapat bantuan dari rundingan OPEC dan negara bukan OPEC untuk menghadkan pengeluaran bagi mengawal kejatuhan harga minyak yang telah melebihi 70% sejak tahun 2014. Kanada yang bukan anggota OPEC, dilihat bakal mendapat manfaat sekiranya rundingan ini berjaya.
Hari ini Kanada bakal melaporkan data jualan perkilangan yang dijangka susut dari 1% kepada 0.9%; manakala AS pula bakal melaporkan Indeks Pembuatan Empire State yang dijangka pulih dari -19.4 mata kepada -10.5 mata.