Dollar CAD terus memacu naik lebih 176 pips Rabu semalam, untuk ke paras tertinggi harian sekitar C$1.3218 sebelum menutup sekitar paras C$1.3203; setelah Dollar terus mendapat permintaan, terkesan dari komen-komen beberapa presiden Federal Reserve AS yang memberansangkan tentang kenaikan kadar AS selanjutnya. Pada masa yang sama, harga minyak yang merudum semalam, tidak banyak membantu sokongan belian untuk Loonie.
Di pasaran hadapan, harga komoditi utama seperti minyak, emas, dan kayu balak yang menjadi antara eksport terbesar Kanada, semuanya merudum dengan minyak mencatat kejatuhan lebih 4%, emas jatuh lebih 2.25% dan kayu balak jatuh lebih 2.9%; dalam suasana pasaran yang suram selepas berita pengeboman di lapangan terbang Brussel, Belgium. Bon mendapat permintaan tertinggi dengan kenaikan lebih 0.4%.
[adrotate group=”6″]
Hari ini Amerika Syarikat bakal melaporkan tuntutan pengangguran yang dijangka meningkat dari 265 ribu kepada 267 ribu; dan tempahan barangan tahan lama untuk bulan Februari yang dijangka berkurang dari 4.9% kepada 3% di bawah sifar. Tiada sebarang laporan berimpak tinggi dari Kanada hari ini.