Dollar CAD terus memacu naik lebih 90 pips Khamis semalam, untuk ke paras tertinggi harian sekitar C$1.3295 sebelum menutup sekitar paras C$1.3245; setelah pasaran minyak mentah tidah menentu dan komen-komen positif dari beberapa presiden Federal Reserve cawangan tentang kenaikan kadar AS pada April depan, terus memberikan sokongan belian untuk Dollar.
“Perbezaan yang belum pernah berlaku dalam leverage dan kitaran pelaburan perumahan di Amerika Syarikat dan Kanada, seharusnya membawa kepada perbezaan dasar monetari,” menurut seorang strategis pelaburan, sambil menyatakan bahawa ini bermakna jurang kadar hasil bon kerajaan antara Amerika Syarikat dan Kanada akan terus melebar.
[adrotate group=”6″]
Ini adalah kerana harga minyak mentah sedang berada pada tahap yang tidak mungkin menghasilkan pemulihan perbelanjaan modal yang bermakna dalam sektor tenaga. Harga minyak yang lebih tinggi meletakkan tekanan tambahan ke atas belanjawan isi rumah telah pun sedia tertekan, dan Loonie yang lebih kukuh juga membuatkan eksport Kanada kurang menarik.
Fokus untuk pelabur adalah mengenai peristiwa-peristiwa di Eropah, di mana serangan bom telah membunuh sekurang-kurangnya 30 orang di Brussels. Ini meningkatkan kebimbangan bahawa perdagangan global, pelancongan dan sentimen boleh diganggu oleh pusingan baru pengeboman. Peristiwa ini telah membayangi bajet persekutuan Kanada, yang menunjukkan bahawa Ottawa merancang untuk berbelanja lebih $30 bilion defisit pada tahun ini untuk merangsang pertumbuhan ekonomi.