Dollar CAD yang jatuh lebih 75 pips sepanjang sesi Asia Khamis semalam, untuk mencapai paras terendah harian sekitar C$1.3018, kembali memacu naik lebih 160 pips sepanjang sesi Eropah, untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar C$1.3180, sebelum menutup sekitar paras C$1.3143; setelah kejatuhan harga komoditi memberati Loonie. Data permit bangunan Kanada yang dilaporkan jauh lebih baik pada 15.5% berbanding jangkaan 4.7%, seolah-olah gagal memberikan sokongan belian untuk Loonie.
Data sektor pekerjaan Kanada hari ni dilihat boleh menentukan prestasi jangka sederhana untuk Loonie. Tiada perubahan asas dalam kekuatan ekonomi Kanada selepas kejatuhan itu, dan tidak ada sebarang tanda-tanda pertumbuhan masa depan. Pasaran hanya kembali pulih apabila harga minyak menunjukkan beberapa pergerakan ke atas, tetapi kenaikan tersebut tidak dapat bertahan lama.
[adrotate group=”6″]
Kanada masih bernasib baik, kerana ekonominya telah banyak memberi tumpuan kepada dua perkara: minyak dan hartanah. Pergantungan kepada harga minyak mentah membantu melindungi negara tersebut daripada kelembapan ekonomi global, tetapi ianya serampang dua mata. Apabila harga minyak jatuh pada tahun 2014, ia membayangkan bahawa ekonomi Kanada telah pun mencapai kemuncak. Dan sekarang pasaran mula melihat tonggak kedua ekonomi Kanada mula goyah.
Gelembung perumahan Kanada boleh pecah akibat daripada kelembapan ekonomi, kerana harga rumah semata-mata tidak boleh bersaing dengan kadar pertumbuhan sebesar ini, terutamanya jika gaji masih lemah dan pengangguran semakin meningkat. Hari ini Kanada bakal melaporkan pertambahan pekerjaan sebanyak 10,400 berbanding pengurangan 2,300 pada sebelum ini. Kadar pengangguran pula dijangka stabil pada 7.3%.