Dollar CAD berada dalam dagangan bercampur-campur Isnin semalam, naik turun dari paras terendah harian sekitar C$1.3840 ke setinggi C$1.3975, sebelum menutup sekitar paras C$1.3925; setelah kejatuhan harga minyak telah diimbangi oleh kenaikan harga emas dan rangsangan tambahan oleh People Bank of China (PBOC) sebelum cuti panjang Tahun Baru. Kanada kini dilihat bergelut dengan apa yang dipanggil oleh Moody Analytics sebagai “kemelut Loonie.”
Apa yang dimaksudkan adalah bahawa wilayah pengeluar tenaga berada dalam kesusahan yang mendalam, kesan dari kejatuhan harga minyak mentah; manakala wilayah perindustrian pula mula berdaya saing apabila harga minyak yang lebih rendah menekan nilai Dollar Kanada, sekaligus membantu meningkatkan eksport. Dengan kata lain, Ontario menjadi makmur dengan kejatuhan nilai matawang, tetapi Alberta terpaksa bertahan dalam kegawatan.
[adrotate group=”6″]
“Penurunan harga minyak dan Loonie yang lebih murah, menawarkan daya saing bagi pusat perindustrian utama Kanada seperti Ontario dan Quebec, walaupun ianya menjadi ancaman kepada wilayah utama yang menghasilkan tenaga seperti Alberta, Saskatchewan, Newfoundland dan Labrador,” menurut Paul Matsiras, seorang pakar ekonomi di Moody Analytics. Dalam laporan pekerjaan yang terbaru Jumaat lalu, kesan ini telah pun ditunjukkan dengan kenaikan kadar pengangguran dan kehilangan pekerjaan.