Usd/Cad membuat gap ke bawah pada pembukaan pasaran minggu ini pada Isnin. Pasangan matawang ini didagangkan berhampiran support penting yang mampu memberikan impak pergerakannya dalam jangka masa sederhana.
Lonjakan harga minyak minggu lepas telah memberikan kesan positif kepada dolar Kanada sebagaimana hubungkait yang begitu kuat antara kedua-dua instrumen ini. Hari ini dan semalam kita masih melihat Usd/Cad di dagangkan dalam julat kecil berikutan pengumuman kadar pukul 3 pagi nanti.
Selepas lonjakan dalam harga minyak pada pembukaan Isnin, kenaikan dalam harga minyak WTI (West texas Intermediate) semakin kehilangan momentum.
Lonjakan harga pada Isnin adalah disebabkan perjanjian terbaru dalam pemotongan pengeluaran minyak dunia antara ahli OPEC dan bukan-OPEC pada Sabtu yang mana, ahli-ahli bukan-OPEC bersetuju untuk mengurangkan hampir 600,000 tong sehari.Sebelum ini OPEC dalam perjanjian terdahulu bersetuju untuk mengurangkan pengeluaran sebanyak 1.2 juta tong sehari. Pemotongan ini akan bermula bulan hadapan Januari 2017.
Indeks US dolar (DXY) dilihat menguat sedikit selepas membuat pattern Bearish engulfing dua hari lepas. Pattern ini memberi isyarat kemungkinan untuk USD melemah.
Pagi Khamis nanti, FOMC akan mengumumkan kadar US dan dijangkakan kadar akan dinaikkan sebanyak 25 mata asas dari 0.50% kepada 0.75%. Ada potensi untuk US dolar spiked dan kenaikan berterusan akan bergantung kepada komen-komen yang akan dibuat oleh Janet Yellen dalam sidang media pukul 3.30 pagi.
Usd/Cad sedang berada di support penting dimana terdapat trendline menaik di bawah paras harga semasa. Support terdekat berada di paras 1.3100 dan sudah dua kali dicapai oleh harga jika dilihat dalam time-frame Daily.
Trendline di hubungakan oleh paras terendah bulan Mei dan Ogos dan masih belum di capai atau diuji. Dua pattern doji yang pada Isnin dan Selasa menggambarkan ‘base’ yang terbentuk akibat tindakan berhati-hati trader menjelang penetapan kadar US. Walaubagaimanapun, turun-naik (Volatility) dijangka akan berlaku pagi Khamis nanti.
Usd/Cad dalam jangka masa pendek masih dilihat berada dalam sentimen penurunan dengan pemotongan pengeluaran minyak yang akan bermula pada bulan hadapan.