Dollar Yen melonjak lebih 90 pips Selasa semalam, untuk ke paras tertinggi harian sekitar ¥108.78 sebelum susut semula untuk menutup lebih rendah sekitar paras ¥108.53; setelah Ketua Setiausaha Kabinet Jepun Yoshihide Suga mengatakan bahawa pergerakan Yen baru-baru ini adalah berat sebelah dan dipenuhi spekulasi. Pasaran kini menjangka kerajaan Jepun akan mengambil langkah-langkah yang diperlukan untuk mengawal nilai Yen.
“Pasaran tidak takut dengan campur tangan BoJ pada tahap ini,” menurut Vassili Serebriakov, strategis mata wang BNP Paribas di New York. “Kebanyakan orang melihat pada ¥100 sebagai paras yang lebih realistik di mana Jepun boleh campur tangan.” tambah beliau lagi. Data ekonomi yang lemah dan ketidaktentuan dasar kewangan AS telah menyumbang kepada penghindaran risiko, meningkatkan selera pelabur untuk aset-aset ‘safe-haven’.
[adrotate group=”6″]
Menurut minit dari mesyuarat dasar monetari Federal Reserve AS yang terbaru, “ramai peserta menyuarakan pandangan bahawa keadaan ekonomi dan kewangan global masih boleh menimbulkan risiko yang ketara.” “Ramai menunjukkan bahawa risiko global yang meningkat dan keupayaan dasar monetari untuk bertindak balas mewajarkan pasaran untuk lebih berhati-hati.”
Hari ini Amerika Syarikat bakal melaporkan data jualan runcit bulan Mac yang dijangka bertambah baik dari -0.1% kepada 0.1% dan harga pengeluar yang juga dijangka bertambah baik dari -0.2% kepada 0.3%. Tiada sebarang laporan berimpak tinggi dari Jepun hari ini.