Dollar Yen terus memacu naik untuk hari kedua Rabu semalam, lebih 85 pips untuk ke paras tertinggi harian sekitar ¥109.40 sebelum menutup sekitar paras ¥109.33; setelah pasaran dipenuhi spekulasi bahawa Bank of Japan akan campur tangan untuk mengawal kenaikan nilai Yen. Pada masa yang sama, keuntungan dalam pasaran saham Asia membantu melanjutkan kejatuhan Yen Jepun.
Di pasaran Jepun, indeks Nikkei meningkat 2.4%, yang tertinggi dalam lapan sesi, sekaligus membantu untuk mengurangkan tekanan menaik terhadap Yen Jepun. Kenaikan yang kukuh dalam harga minyak juga membantu menyokong selera pelabur terhadap risiko yang membantu kenaikan dalam harga komoditi dan matawang transaksi seperti Dollar.
[adrotate group=”6″]
Trader Yen kebanyakannya menolak komen terkini oleh pegawai-pegawai Jepun yang memberi amaran bahawa kenaikan nilai yang pesat oleh mata wang Jepun itu adalah tidak berasas. Walau bagaimanapun, penurunan nilai Yen berlaku tanpa sebarang campur tangan daripada pegawai-pegawai Jepun, dan ini menjadi tanda bahawa masih terdapat permintaan untuk Dollar dari pelabur-pelabur Jepun.
Hari ini Amerika Syarikat bakal melaporkan data inflasi yang dijangka naik dari -0.2% kepada 0.2% dan tuntutan bantuan pengangguran yang dijangka bertambah dari 267 ribu kepada 270 pemohon. Tiada sebarang laporan berimpak tinggi dari Jepun hari ini.