Dollar Yen terus memacu naik lebih 130 pips Jumaat lalu, untuk ke paras tertinggi harian sekitar ¥118.85 sebelum menutup sekitar ¥118.75; setelah spekulasi memenuhi pasaran bahawa Bank of Japan bakal melancarkan ransangan baru pada mesyuarat kadar Jumaat ini. Pada masa yang sama, data AS memperkuatkan keraguan yang Feds AS akan mengumumkan kenaikan kadar lagi dalam masa terdekat.
Di pasaran Amerika Syarikat, tuntutan bantuan pengangguran mingguan, meningkat kepada paras tertinggi dalam masa enam bulan, sekaligus meningkatkan soalan mengenai kekuatan pasaran buruh, dan aktiviti perkilangan di kawasan tengah Atlantik menguncup untuk bulan kelima berturut-turut. Dalam pada itu, Bank of Japan memandang serius terhadap langkah mengembangkan dasar monetari apabila penurunan harga minyak membuatkan ianya lebih sukar untuk mencapai sasaran inflasi 2%, lapor akhbar Nikkei pada Jumaat lalu.
[adrotate group=”6″]
Yen yang lebih kukuh dan kejatuhan harga saham dijangka akan dibangkitkan pada mesyuarat dasar dua hari BoJ pada 28 dan 29 Januari ini. Gabenor Bank of Japan Haruhiko Kuroda berkata bahawa beliau tidak berfikir untuk mengguna pakai dasar kadar negatif ketika ini, sekaligus memberikan isyarat bahawa apa-apa pelonggaran monetari baru, mungkin akan mengambil bentuk pengembangan dalam program pembelian aset semasanya.