Dollar Yen terus memacu untuk hari ketiga Jumaat lalu, untuk ke paras tertinggi harian sekitar ¥114.00 sebelum menutup sekitar paras yang sama; setelah Amerika Syarikat melaporkan angka Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) yang jauh lebih baik dari jangkaan. Pada masa yang sama, angka perbelanjaan dan sentimen pengguna juga memberansangkan, sekaligus tambah menguatkan sentimen kenaikan kadar AS.
Di pasaran Amerika Syarikat, ekonomi suku keempat 2015 dilaporkan tumbuh pada 1% berbanding 0.4% jangkaan penganalisis dan 0.7% pada suku sebelumnya. Perbelanjaan pengguna meningkat daripada 0.1% kepada 0.5% pada bulan Januari, berbanding jangkaan pasaran untuk kenaikan kepada 0.3% sahaja. Sentimen pengguna juga meningkat daripada 90.7 mata kepada 91.7 mata berbanding jangkaan sebanyak 91.1 mata.
[adrotate group=”6″]
Data ekonomi AS yang memberansangkan ini, telah mendorong indeks Dollar AS melonjak lebih 117 mata kepada paras tertinggi harian sekitar 98.30 mata Jumaat lalu. Hari ini Jepun bakal melaporkan jualan runcit yang dijangka bertambah baik dari -1.1% kepada 0.2% dan AS pula bakal melaporkan jualan rumah tertangguh yang dijangka meningkat dari 0.1% kepada 0.6%.