Bulan September adalah bulan yang paling mencabar buat matawang US Dollar. Greenback telah merudum melawan kebanyakan matawang utama terutama AUD dan JPY.
Pada awala bulan, matawang USD menurun secara perlahan berikutan laporan NFP yang lemah dan minggu ini momentum seller menguat setelah Federal Reserve mengekalkan interest rate.
Jumlah pelabur yang menjangkakan akan adanya nada hawkish daripada Fed hanyalah rendah dan hanya 3 orang sahaja ahli Fed yang mengundi untuk menaikkan interest rate secepat mungkin.
Apa yang lebih penting adalah Janet Yellen sangat berhati-hati memilih perkataan dalam ucapannya pada konferens sidang media, menunjukkan dia masih lagi yakin akan adanya kenaikan sekurangnya sekali pada tahun ini.
Aktiviti sektor perkhidmatan dan pembuatan, pendapatan, pekerjaan merisaukan Yellen. Kerisauan tersebut menyebabkannya mengekalkan interest rate.
3 laporan NFP akan datang sangat-sangat-sangat penting dan bermula sekarang sehingga 7 Oktober (tarikh NFP dikeluarkan), dijangkakan USD akan berada dalam keadaan consolidation (sideway).
Seramai 8 orang penggubal dasar akan berucap akan datang termasuk 4 orang pengundi FOMC.