Matawang US Dollar melemah ke paras terendah sejak 2 minggu melawam matawang utama lain walaupun data pengangguran yang positif melihatkan kesan daripada pengekalan interest rate semalam masih kuat.
Indeks US Dollar berada di paras 95.03%, turun sebanyak 0.45% ke paras terendah sejak 12 September.
Jumlah rakyat Amerika Syarikat yang mendaftar untuk bantuan akibat pengangguran menurun dan berada di paras konsisten dengan pasaran buruh yang kuat.
Dalam laporan Jabatan Buruh Amerika Syarikat memberitahu jumlah meraka adalah sebanyak 252,000, menurun sebanyak 8,000 daripada 260,000.
Angka di bawah 300,000 bermaksud pasaran buruh masih kuta dan setakat ini masih lagi kekal berada di bawah paras itu selama 81 minggu berturut-turut.
Euro dilihat menguat, EUR/USD di paras 1.1246 manakala USD kuat melawan JPY, USD/JPY berada di paras 100.56 dan GBP/USD berada di paras 1.3071.