Tiada ulasan lanjut tentang dasar monetari. Ucapan beliau tertumpu kepada kesan jurang perbezaan pekerjaan kepada pertumbuhan ekonomi.
- Penawaran pekerjaan yang lebih berbanding bilangan pekerja dalam pasaran buruh dijangka tidak memberi kesan langsung kepada inflasi
- Perlunya melihat faktor selain daripada inflasi dan kadar pengangguran untuk menilai kekuatan dalam pasaran buruh.
- Sebahagian pengkaji berpandangan perbezaan besar dalam pendapatan dan kekayaan akan menurunkan purata perbelanjaan pengguna berikutan mereka yang mempunyai kekayaan yang lebih tinggi dilihat gemar untuk menyimpan sebahagian besar hasil pendapatan tambahan yang mereka miliki.