US dolar melonjak ke paras tertinggi tiga minggu lalu pada Selasa menjelang penetapan polisi monetari Fed pada Khamis.
USD/CAD membuat lonjakan sejak pukul 9 malam tadi dengan USD/JPY membuat kenaikan pukul 10 malam tadi.
Antara yang menyokong kenaikan US dolar adalah data harga pengeluar PPI Amerika Syarikat yang melebihi jangkaan. Core-PPI mencatat bacaan kenaikan 0.3% berbanding jangkaan 0.2%.
Apa yang menambah kejatuhan CAD adalah kejatuhan harga minyak WTI yang mendadak pukul 10 malam pada Selasa.
Jika dilihat dari segi pergerakan hasil-bon 10 tahun AS, kini ia berada di sekitar 2.408% selepas membuat kenaikan sejak sembilan jam lepas.