Rizab Bank Australia (RBA) kekalkan kadar faedah di paras 1.50% seperti yang dijangkakan. Berikut adalah ringkasan ulasan rasmi bank pusat:
- Ekonomi akan mula berkembang dengan lebih cepat dan beransur-ansur pada tahun hadapan.
- Sektor buruh kukuh dengan penambahan bilangan pekerjaan
- Harga perumahan terutamanya di Sydney juga menunjukkan pengurangan
- RBA turut menjangkakan inflasi asas akan naik secara beransur-ansur di masa hadapan
- Pendapatan bergerak perlahan dan kadar hutang isi rumah yang tinggi menjadi penghalang kepada peningkatan perbelanjaan
- Kadar faedah yang rendah akan terus menyokong ekonomi negara