Kadar Faedah RBA Kekal Di Paras 1.50%, Ekonomi Dijangka Berkembang Di Masa Hadapan

55

Rizab Bank Australia (RBA) mengekalkan kadar faedah di paras 1.50% seperti yang dijangkakan. Pasangan matawang AUD/USD susut ke paras 0.7792 selepas RBA mengeluarkan kenyataan bahawa pertumbuhan aktiviti ekonomi dan inflasi dilihat berkembang namun mungkin akan bergerak perlahan disebabkan oleh paras matawang Aussie yang tinggi, meningkat sejak bulan Jun yang lalu.

Ekonomi Autralia berkembang sebanyak 0.8 peratus pada suku tahun bulan Jun. Selain itu, data-data ekonomi terkini juga dilihat selari dengan unjuran RBA bahawa ekonomi akan mula berkembang dengan lebih cepat dan beransur-ansur pada tahun hadapan.

Sejak beberapa bulan yang lalu, pelaburan dalam perniagaan selain perlombangan semakin meningkat dan data kaji selidik melaporkan keadaan perniagaan dan penggunaan kapasiti yang meningkat ke paras tertinggi.

Sektor buruh di Australia juga semakin kukuh sejak beberapa bulan yang lepas dengan peningkatan bilangan pekerjaan. Selain itu harga perumahan terutamanya di Sydney juga menunjukkan pengurangan. RBA turut menjangkakan inflasi asas akan naik secara beransur-ansur.

Bank pusat melalui Gabenor Philip Lowe turut mengeluarkan kenyataan bahawa pertumbuhan pendapatan yang bergerak perlahan dan kadar hutang isi rumah yang tinggi menjadi penghalang kepada peningkatan perbelanjaan. Oleh itu, kadar faedah yang rendah akan terus menyokong ekonomi negara (Australia).

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat