Fed perlu menaikkan kadar faedah dua kali lagi tahun ini bagi mengelakkan tindakan yang terlalu lambat daripada bank pusat terbabit.
Presiden Fed Philadelphia, Patrick Harker berulang kali menegaskan pandangan terbabit sebelum ini. Beliau juga menganggap bahawa langkah beransur-ansur itu berpadanan dengan ekonomi semasa disamping selaras dengan jangkaan median Fed.
Memetik ucapan beliau di University of Pennsylvania, beliau tidak mahu Fed terlalu lambat untuk mengambil langkah tersebut. Namun begitu, beliau turut menegaskan bahawa
Bank Pusat Amerika Syarikat telah menaikkan kadar pada bulan Mac, iaitu langkah kedua dalam tempoh 3 bulan. Tindakan itu diambil sesuai dengan pertumbuhan pekerjaan yang bergerak dalam fasa yang stabil disamping tanda-tanda positif terhadap pergerakan inflasi.
Selain 9 lagi pegawai, Harker turut tersenarai sebagai salah seorang pengundi yang akan mengundi di dalam penetapan kadar pada tahun ini.
Sesi Asia Menyaksikan Dagangan Yang Lebih Perlahan Dari Emas