Sesi Asia Menyaksikan Dagangan Yang Lebih Perlahan Dari Emas

39

Pasaran yang ditutup sempena cuti umum di China dan India meletakkan komoditi emas di dalam dagangan perlahan. Dalam pada itu, pasaran masih menantikan mesyuarat di antara Presiden China dan Amerika Syarikat yang dijadual akan diadakan di Florida.

Dalam sesi Asia, emas di Comex melonjak sebanyak 0.35 peratus kepada $1,258.45 satu troy ounce. sementara itu, niaga silver dan copper masing-masing menunjukkan peningkatan sebanyak 0.55 peratus dan 0.12 peratus.

Semalam, harga emas berada pada tahap yang agak kukuh pada Isnin selepas data ekonomi yang bercampur-campur memberi tekanan kepada matawang US Dollar. Kejatuhan US Dollar dikatakan berpunca daripada perbelanjaan pembinaan pada bulan Mac merosot dan aktiviti sektor pembuatan yang dilapor kurang memberangsangkan.

Harga logam ini kekal berada dalam julat dagangan yang kecil apabila pelabur menunggu komen daripada beberapa pegawai Fed yang akan datang disamping data NFP yang bakal diumumkan pada Jumaat untuk menilai kemungkinan kenaikan kadar pada Jun.

Ketidaktentuan politik khususnya di Eropah telah menyumbang kepada 8 peratus kepada harga emas. Article 50 dalam proses rundingan Brexit, serta pilihanraya Perancis merupakan antara faktor terbesar yang membantu pengukuhan logam kuning dalam suku pertama tahun ini.

Adakah Data Inventori Nanti Cukup Kuat Untuk Meletakkan Komoditi Ini ditahap Tertinggi?

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat