Sebentar tadi, perjanjian telah disepakati antara Britain dan Kesatuan Eropah yang mana Presiden Suruhanjaya Eropah berkata, ini memberi laluan kepada rundingan hubungan di masa hadapan antara EU-UK.
Perdana Menteri berkata tidak akan ada sempadan di mana rakyat EU di UK boleh pergi dan pulang seperti biasa.
Ketua parti DUP Ireland Utara, Arlene Foster berkata beliau teruja dengan perubahan pada Jumaat yang mana tiada sempadan di lautan Irish.
GBP/USD membuat kenaikan sejak mencapai paras terendah pada Khamis di 1.3319 dan kini telah merekod 200 pip kenaikan. Dengan perkembangan terbaru ini, ia adalah positif untuk GBP sehingga ada perkembangan terbaru yang mengubah sentimen ini.