US dolar susut pada Khamis dengan kejatuhan hasil-bon 10 tahun AS di mana matawang komoditi pula dipacu oleh kenaikan harga komoditi besi dan minyak mentah.
Indeks US dolar menyusut 0.23% setakat pukul 3.59 petang. Indeks ini jatuh 9% sepanjang tahun ini dan dijangka merekod kejatuhan terbesar sejak tahun 2003.
Hasil-bon telah turun semula selepas capai paras tertinggi dan US dolar didagang lemah. Kejatuhan US dolar minggu ini adalah satu bentuk ‘buy the rumour sell the fact’ selepas Presiden Trump menandatangani perubahan cukai minggu lalu, kata Lee Jin Yang penganalisis makro di Aberdeen Standard Investment.
“Saya rasa mereka telah membeli US dollar (priced-in) sehingga kenaikan kadar faedah Fed pada Disember, reformasi cukai, dan sekarang mereka mengambil keuntungan,” kata Lee.