“Ekonomi semakin maju tahun ini dan semakin hampir mencapai potensi penuh. Kami sangat teruja dengan perkara ini dan semakin optimis bahawa kurang rangsangan monetari diperlukan dari masa ke semasa,” kata Gabenor Poloz.
Satu komen yang begitu hawkish apabila beliau mengatakan “kurang rangsangan monetari diperlukan dari masa ke semasa”.
Ini telah menyebabkan dolar Kanada (CAD) melonjak dan menghumban USD/CAD 140 pip ke paras terendah pada pukul 1 hingga 2 pagi Jumaat.