Kita telah melihat pergerakan GBP/USD yang volatile sejak Isnin dan ramai yang maklum ia disebabkan rundingan Brexit.
Selepas membuat kejatuhan ke paras terendah pada Khamis, GBP/USD menaik sehingga merekod 200 pip kenaikan ke paras tertinggi pada Jumaat.
Kini kita dapat melihat pasangan matawang ini membuat penurunan lebih 100 pip selepas mencapai paras tertinggi hari ini di 1.3519.
Apa pula akan terjadi kepada GBP/USD selepas data NFP pukul 9.30 malam?
Sememangnya lebih banyak volatility atau pergerakan yang tidak menentu di mana matawang GBP ketika ini dipengaruhi oleh Brexit manakala US Dolar sekejap lagi akan digerakkan oleh data NFP. Dua faktor yang akan menggerakkan GBP/USD malam ini. Jadi berhati-hatilah dengan pasangan matawang ini.