Data ADP-NFP
ADP non-farm payroll ialah data yang menunjukkan perubahan tenaga kerja dalam negara AS yang hanya melibatkan sektor swasta. Data ini dikeluarkan oleh ADP (Automatic Data Processing, Inc) hasil dari usahasama Moody’s Analytics.
Actual: 190K Forecast: 189K Previous: 235K
Data kali ini hanya sedikit meleset daripada jangkaa.
Diingatkan kepada para pembaca bahawa pada 08 Disember ini, laporan Non-Farm Payroll untuk bulan November akan dikeluarkan pada pukul 9.30 malam. Data NFP merupakan data pekerjaan yang paling ditunggu-tunggu setiap bulan kerana impaknya yang begitu tinggi kepada pasaran. Data ‘average hourly earnings’ juga akan menjadi tumpuan The Federal Reserve sebagai petunjuk trend kenaikan kadar gaji.