Berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Australia, pertumbuhan pekerjaan Australia mencatat peningkatan 13 bulan berturut-turut pada bulan Oktober. Tempoh peningkatan ini merupakan tempoh terpanjang sejak 1990, manakala kadar pengangguran berkurangan ke paras terendah sejak 2013.
Berdasarkan laporan tersebut, terdapat peningkatan peluang pekerjaan sebanyak 3700 pekerjaan pada bulan Oktober. Namun penganalisis menjangkakan peningkatan sebanyak 17,500 pekerjaan.
Kadar pengangguran jatuh 0.1% kepada 5.4% berbanding bacaan jangkaan yang mensasarkan kejatuhan kepada 5.6%.
Walaupun peluang pekerjaan bertambah, namun pertumbuhan pendapatan masih mencatat bacaan yang rendah. Tambahan pula data kadar inflasi dan perbelanjaan pengguna yang semakin meningkat.
Menurut pakar ekonomi John Peter, walaupun pertumbuhan pekerjaan kukuh namun masih terdapat beberapa data yang kurang mendukung dalam pasaran buruh.
Menurut beliau, peningkatan kadar faedah pada masa akan datang adalah tidak relevan.
Laporan pekerjaan itu hanya memberi kesan yang sedikit terhadap pasaran kewangan, apabila matawang Aussie hanya mengukuh 0.1% selepas data dikeluarkan dan 0.11% kepada 0.7597 setakat jam 12.45 petang.